Untuk insan diri yg ku sayang...
Perjuangan tidak pernah mampu untuk kita tempuhi dengan jalan yang mudah. Setiap kali kita cuba mendekatkan diri untuk bersama dengan kekasih yang hakiki, pasti ada sahaja rintangan yang mendatang. Adakalanya kita tidak tahu sama ada halangan itu ujian atau bala Allah terhadap kita. Mungkin jua halangan itu hadir dari 2 musuh yang tidak pernah leka dari menyesatkan kita. Sebagai peringatan buat diri kita bersama, tatapilah rangkai kata ini setiap kali kita ingat atau diingatkan tentang kebenaran ad-dinul Islam
“Wahai diri!!!! Sesungguhnya di dalammu ada musuh yang menghasut (nafsu dan syaitan). Sedarilah setiap kali di sampaikan peringatan kepadamu dan ketika itu terdetik satu perasaan untuk tidak menerimanya dan lahir rasa marah kerana kebenaran itu ibarat menuduh kita mengingkari-Nya… percayalah wahai hamba Allah, itulah bisikan nafsu dan godaan syaitan kerana mereka sebenarnya yang ingkar dan diri kita adalah mangsa”
maka apabila api kemarahan menyala di dalam diri maka ingatkan kepada diri itu agar menenangkannya:
FIRMAN ALLAH:
“WAHAI JIWA YANG TENANG, PULANGLAH PADA TUHANMU DENGAN HATI YANG REDHA LAGI DI REDHAI-NYA, MAKA MASUKLAH KE DALAM KUMPULAN SYURGA-KU”
(Surah Al- Fajr: 27-30)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. SEKIRANYA TIDAKLAH KARENA KURNIA ALLAH DAN RAHMAT-NYA KEPADA KAMU SEKALIAN, NISCAYA TIDAK SEORANGPUN DARI KAMU BERSIH (DARI PERBUATAN-PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR ITU) SELAMA-LAMANYA, TETAPI ALLAH MEMBERSIHKAN SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI."
(24:21)

4 comments:
salam falih
Alhamdulillah..update jg..
gud reminder
kerdilnya kita, hinanya kita, layak ke kita utk syurga Nya?
teruskan falih, teruskan
out of topik:
tengah tunggu the next sultan muhammad al-Fateh dan salahuddin Al-Ayubbi..akan ada ke?wallahualam..mungkin generasi anak2 kita..tapi ia semua bermula dengan ikatan yg terbina..
jazakallah
salam alaik
at long last.. hehe update jugak..
entahla diri ni masa kena remind, selalu rasa sedih & insaf
tapi nanti ulang lagi ulang lagi buat silap. terleka sume2
huhu apapun slamat sumenye en falih
ma'attaufiq dlm imtihan dsb
wassalam
keep on rising n moving..
itu salah satu ciri org yg beriman..
smg sama2 tdk akan pernah berputus asa dgn rahmatNYA.
sahabat disperse 2: insyaAllah.. hmm
kamel: insyaAllah, sbb tu kite perlukan peringatan.. =) ma'a tawfik wan najah utk imtihan A level.. ;)
anonymous: insyaAllah...
Post a Comment