Tuesday, April 26, 2011

tahu, faham, tapi susah nak amal?



Engkau sering mengadu betapa hati ini tidak tenteram. Seolah sudah hilang ketenangan. Penuh dgn gelora, tenggelam timbul dgn perkara dunia...

Demi Allah, diri ini tidak pernah terlepas dari dosa. Diri ini x pernah sempurna. Hati ini penuh dengan perkara maksiat, jiwa ini penuh dgn sifat mazmumah. Mungkin tiada sinar harapan utk mereka yg a'si seperti diri ini..

Orang yg putus asa dgn rahmat Allah, bagaimana mungkin mereka dapat mengecapi ketenangan dan tenggelam dalam rindu dan cinta kepada Allah... Bagaimana hati yg penuh kotoran dosa ini dpt kembali kepada Allah.. 

Redha dgn dosa. Bukan bermaksud membiarkan diri terus hanyut dgn maksiat dan dosa.. Tetapi, menerima kelemahan diri kita yg penuh dgn kekurangan hingga terjerumus ke lembah maksiat. Redha dgn dosa adalah meminta keampunan Allah, berazam utk meninggalkan maksiat & dosa yg telah dibuat dan berusaha untuk meninggikan benteng iman. yup. diri ini lemah, tp bukan kah Allah berjanji Dia akan menjadi pelindung kpd orang yg beriman... Bangkit!

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”
(Surah al-Imran: 135-136)


“Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”. -Qatadah Rahimahullah-


 Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: 
“Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Al-Aghar al-Muzani Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.”
(Hadis riwayat Muslim)
 

Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
“Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”
(Hadis riwayat Abu Daud)


0 comments: