Sunday, February 19, 2012

TIDAK haram untuk seorang perempuan memakai BIKINI atau MINI SKIRT

Assalamualaikumm

alkisahnya, seorang lelaki pergi ke sebuah kedai busana muslimah. lepas pusing 1 kedai, dia x jumpa apa yg di cari.. jadi dia pun bertanya tuan kedai

lelaki: tumpang tanya, sy mencari bikini ni.. tp x jumpa plak dlm kedai ni

tuan kedai: errrr, abang salah kedai kut.. sini busana muslimah, yg ada tudung labuh, tudung kontemporari, jubah2, baju kurung, pendek kata sumer yg muslimah sejati la.. celah mana nak jumpa bikini sini -__-"

lelaki: errr, suami mana yang nak isteri dia pakai tudung labuh and jubah dlm bilik tido? sy mesti la nak isteri sy bergaya, dgn penampilan menarik kepada sy dlm bilik tido.. muslimah sejati, kena la pandai menjaga hati suami...

..........................................................................


siapa kata perempuan/sisters/muslimah/ukhti yang MEMAKAI bikini atau mini skirt atau apa2 pakaian seksi adalah HARAM? siapa kataa???

tahukah anda, memakai seksi2 dan menjolok mata itu dapat PAHALA dari Allah jika niat dan tujuan adalah ibadah dan dlm perkara yg tidak melanggar syariah?

haaa, apa lagi sisters! sila terjah ke supermarket dan belilah semua pakaian yg seksis itu semua.. haha.

p/s:
1) sharing dari xifu abdul naser ketika konvensyen fiqh ummah 2012 di pwtc pada 18-19 feb 2012
2) pakaian yg tidak menutup aurat (seksi atau tidak seksi) tetap HARAM apabila dipakai di hadapan bukan mahram
3) cerita itu hanyalah rekaan semata supaya orang ramai dpt faham msg.. (sume org tau, x kan jmpa baju seksi dlm kedai busana muslimah)
4) cerita ini tidak lah menggambarkan seorang muslimah itu fungsinya hanya di bilik tido, sesungguhnya martabat wanita di dalam islam sgt tggi darjatnya.. tetapi cerita ini hanya lah utk membuka minda sempit kita semua dlm memahami sesuatu perkara


wassalam   =)

1 comments:

Anonymous said...

nice